Tuan puan masih ingat lagi blog post sebelum ini? Topik sebelum ini adalah berkaitan pengeluaran bina rumah dengan Akaun 2 KWSP. Jadi hari ini kita nak sambung sedikit sharing fokus kepada cara pengiraan maksimum amaun yang boleh dikeluarkan. Jom kita mula!
Pinjaman Bank
Berikut adalah pengiraan maksimum pengeluaran Akaun 2 untk tujuan membina rumah atas tanah sendiri ATAU milik keluarga terdekat ATAU tanah kerajaan yg diiktiraf dan telah mendapat pengesahan dari agensi. Pengiraan tertakluk kepada pengeluaran kategori individu sahaja.
Terdapat dua senario bagi kategori individu yg membuat pinjaman. Senario pertama adalah bagi individu yang mendapat pinjaman kurang dari 100%. Senario kedua adalah bagi individu yang mendapat pinjaman 100%.
Senario 1
Formula:-
Part A: Kos bina rumah-pinjaman bank diluluskan-insurance = Y
Part B: Kos bina rumah X 10% = Z
Total: Y+Z
Jika kos bina rumah adalah RM150,000 dan loan adalah 90% dr kos bina, maka
Part A: RM 300,000 –90% = RM30,000
Part B: RM300,000 X 10% = RM30,000
Total: RM60,000 dari Akaun 2
ATAU
Kesemua simpanan Akaun 2, mengikut jumlah mana yang lebih rendah.
*pastikan baki Akaun 2 tdk kurg dr RM500.
Senario 2
Formula:-
10% dr jumlah kos pembinaan
Part A: RM300,000 – 100% = 0
Part B: RM300,00 X 10% = RM30,000
Total: RM30,000
ATAU
Kesemua simpanan Akaun 2, mengikut jumlah mana yang lebih rendah.
*pastikan baki Akaun 2 tdk kurg dr RM500.
Pembiayaan Sendiri/Tunai
Seterusnya, bagi individu yang memilih untk membuat pembiayaan sendiri pengiraanya adalah seperti berikut:
Formula:-
Kos pembinaan + 10% = jumlah
RM300,000 + 10% = RM330,000
ATAU
Kesemua simpanan Akaun 2, mengikut jumlah mana yang lebih rendah.
*pastikan baki Akaun 2 tdk kurg dr RM500.
Sekian saja perkongsian kali ini. Semoga tuan puan mendapat manfaat. Jangan lupa like, share dan comment!