Cara Elak Penipuan Dalam Urusan Jual Beli Tanah 

Untitled (1080 × 1080 px) (1280 × 720 px)

Kes penipuan dalam jual beli hartanah adalah tidak asing lagi berlaku di Malaysia dan ia hampir berlaku di setiap negeri dalam Malaysia.

Terdapat 435 kes penipuan dalam urusan jual beli & pindah milik harta dan tanah di Malaysia sepanjang tahun yang telah dimuatnaik di Portal Kerajaan Negeri Selangor . Sudah tentu kes akan meningkat dari tahun ke tahun.

Apa yang lebih membimbangkan adalah, wujud ejen hartanah tidak berdaftar dan nisbahnya adalah 10 orang bagi setiap 1 ejen hartanah berdaftar.

6 Cara Elak Daripada Ditipu Dalam Urusan Jual Beli Hartanah 

1. Jangan Terpedaya Dengan Harga Terlalu Murah

Kebanyakan pembeli hartanah terpedaya dengan iklan hartanah yang dijual pada harga terlalu murah dan tidak masuk akal. 

Antara syarat penipuan hartanah jenis ini biasanya, mereka akan meminta pembeli membuat bayaran deposit ke akaun peribadi dan akhirnya lesap begitu sahaja. 

Sindiket penipuan hartanah biasanya mensasarkan golongan berusia yang kurang pendedahan dan mempunyai modal yang banyak hasil dari pencen atau KWSP.

2. Semakan Pemilikan Hartanah

Anda boleh membuat semakan pemilikan hartanah melalui carian di Pejabat Tanah Daerah untuk menyemak :- 

  • Keluasan tanah 
  • Nombor lot mukim 
  • Saiz binaan kediaman 
  • Pemilik semasa hartanah 
  • Nombor hak milik hartanah 

3. Semak Sekatan Kepentingan Hartanah 

Ada juga kes di mana penjual dan pembeli bersetuju untuk menukar hak milik hartanah tetapi wujud halangan kerana ada sekatan pada unit hartanah itu. 

Apa yang anda perlu buat adalah buat semakan sekatan kepentingan seperti kebenaran pindah milik, kaveat, cagaran dan gadaian, pajakan dan sebagainya. 

4. Guna Khidmat Ejen Hartanah & Peguam Berdaftar Yang Sah

Samada anda ingin menjual atau membeli hartanah, anda wajib menggunakan khidmat kedua – dua ejen hartanah dan peguam hartanah. 

Hal ini kerana, mereka akan bantu menyelesaikan segala proses dan dokumentasi terlibat dalam proses pemindahan hak milik hartanah kelak. 

Adalah lebih baik jika anda gunakan khidmat ejen hartanah dan peguam hartanah yang berpengalaman. 

Apa yang penting, pastikan kedua-duanya merupakan ejen dan peguam yang berdaftar dan sah. 

5. Jumpa Face-to Face 

Jika berkemampuan, sila berjumpa dengan tuan tanah atau pemilik unit kediaman untuk mendapatkan pengesahan dan landskap yang menyeluruh tentang tanah atau kediaman yang bakal anda beli. 

Dengan berjumpa secara berdepan, anda mampu menyoal siasat tujuan sebenar tanah atau rumah itu dijual. 

6. Elak Sosial Media

Sosial media sejak dahulu lagi mempunyai reputasi yang buruk sebagai platform pengiklanan penipuan jual beli hartanah di Malaysia. 

Pastikan anda menggunakan portal hartanah online yang betul untuk menjual dan membeli hartanah seperti :- 

  • Edgeprop
  • iProperty
  • Propertyguru 
  • Realtor

Natijahnya, anda boleh elakkan diri daripada menjadi mangsa scam hartanah dengan menggunakan khidmat REN yang sah.

Belajar Sesuatu? Kongsi Artikel Ini
Akademi Kontraktor Bina Rumah
Akademi Kontraktor Bina Rumah