Elakkan Ditipu Kontraktor Rumah. Kami Kongsikan TIPS!

Untitled-1080-×-1080-px

Sudah jatuh ditimpa tangga. Duit simpanan habis, Kontraktor pula lesap hilang tak nampak bayang. Inilah yang dilalui oleh sebilangan besar Tuan Rumah akibat kesilapan dalam memilih kontraktor.

Ikuti Sedikit Perkongsian dari AKRAPLUS+, Tips elakkan daripada ditipu kontraktor :

Pertama – Pastikan ada hitam putih atau dokumen persetujuan kedua belah pihak yang disemak dan sudah dipersetujui bersama. (Boleh dapatkan borang persetujuan di AkraPlus+)

Kedua – Pastikan spesifik projek dinyatakan dalam BQ (Bill of Quantity). Supaya kita boleh buat rujukan semula. Beri keutamaan kepada struktuk binaan, ambil tahu jenis besi @ bahan yang diguna pakai sewaktu proses pembinaan berjalan menepati piawaian dan berkualiti.

Apakah Tindakan yang perlu anda lakukan bagi kes SCAMMER?

  1. Lapor polis. Pastikan elemen jenayah tipu dimasukkan.
  2. Bawa jumpa majistret untuk dapat kebenaran siasatan.
  3. IO siasat – Pendakwaan.
  4. Untuk tuntutan wang (Perlukan tuntut sivil)

yang paling penting, pastikan dokumen-dokumen penting sebelum bina rumah lengkap untuk memudahkan proses saman @ tuntutan wang.

AkraPlus+ menyediakan borang-borang lengkap seperti perjanjian kedua pihak, Checklist Bina Rumah, Jadual Progress Claim, ilmu mengenai step pembinaan & banyak lagi. Pendaftaran kini dibuka dengan harga yang istimewa : http://akra.haziqasyraf.com/poket-roket-construction/

Usah termakan dengan janji manis kontraktor yang menawarkan harga renovasi murah dan tak masuk akal.

Belajar Sesuatu? Kongsi Artikel Ini
Akademi Kontraktor Bina Rumah
Akademi Kontraktor Bina Rumah