Jenis & Design Awning Rumah di Malaysia

jenis & design

Apa Itu Awning Rumah?

Awning rumah bermaksud bumbung atau atap tambahan yang berfungsi untuk melindungi kawasan rumah anda daripada haba cahaya matahari atau basah air hujan.

Terdapat pelbagai jenis awning rumah yang mungkin sesuai dengan bajet . Kebiasaanya, ia dipasang di hadapan rumah sebagai garaj kereta, belakang rumah atau sisi rumah.

Jenis Awning Rumah Yang Perlu Anda Tahu.

1. Terrace Roof

Memang jadi kegemaran orang Malaysia kerana awning terrace roof ini berbentuk penuh. Design seperti ini sangat sesuai untuk kebanyakkan rumah di Malaysia kerana mempunyai ruang yang luas untuk beristirehat bersama keluarga sambil melihat tanaman.

2. Dutched Awning

Dutched Awning masih belum terkenal di Malaysia, mungkin disebabkan reka bentuknya yang sukar untuk dipadankan dengan cuaca dan juga design rumah yang sedia ada.

Tambahan pula, iklim di Malaysia hujan & panas, ramai yang cenderung untuk memilih awning yang lebih sesuai. Tetapi tidak salah jika rumah anda berkonsep inggeris . Anda boleh menggunakan Awning jenis ini untuk dipasang di rumah.

3. Walkway Awning

Khas untuk rumah jenis Banglo yang mempunyai halaman yang luas, Walkway Awning menjadi pilihan yang paling sesuai untuk dijadikan bumbung parking kereta ataupun ruang BBQ bersama keluarga.

Selain itu, ia juga boleh melindungi perjalanan anda dari dalam ke luar rumah.

4. Cantilever Awning

Selain mempunyai reka bentuk yang unik, Cantilever Awning ini juga mampu untuk menyerap tenaga solar. Sangat sesuai di pasang di kawasan tingkap dan ruang legar.

Ringkas kerana ia hanya mempunyai satu lajur pemasangan dan satu penghadang.

5. Marquise Awning

Reka bentuk Marquise ini mempunyai identiti yang tersendiri, kerana ia berkonsep Itali. Sangat sesuai diletakkan di sisi rumah atau kawasan ruang rehat keluarga.

Apa-apa pun, rancang kewangan anda betul-betul. Memang excited nak ubah itu ini sebaik sahaja dapat kunci rumah baru.

Tapis dahulu keperluan ikut faktor penting seperti keselamatan dan keselesaan. Ada bajet lebih, baru fokus pada nak lengkapkan rumah.

Selamat mencuba!

Belajar Sesuatu? Kongsi Artikel Ini
Akademi Kontraktor Bina Rumah
Akademi Kontraktor Bina Rumah