Langkah-langkah Tukar Syarat Tanah.

michael dale (1280 × 720 px)

Jika anda seorang pemilik tanah atau bakal membeli tanah, ada beberapa perkara penting mengenai tanah yang perlu anda ambil tahu.

Mulakan dahulu dengan bacaan online atau bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman.

Pada awalnya mungkin sukar untuk faham setiap selok-belok berkaitan tanah, jadi anda boleh cuba dengan cara baca geran tanah dulu.

Cara mohon tukar status / syarat tanah

  1. Isi 2 salinan Borang Jadual XVI (Perenggan 51(p)) yang lengkap ditandatangani pemilik tanah atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (Common Seal) (surat kuasa wakil (P.A) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Hakmilik/ Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah)
  2. 1 salinan Memorandum and Article of Association beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return of Company Having a Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
  3. Maklumat syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Permohonan oleh syarikat).
  4. 10 salinan berwarna pelan tapak asal
    • Mengandungi Pelan Kunci Lokasi dan Pelan Tapak yang disenaraikan oleh Jururancang Bandar Bersekutu
    • Pelan hendaklah ditandatangani oleh pemilik tanah/ pemegang P.A
  5. 1 salinan pelan tapak dalam bentuk Autocad
  6. 1 salinan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)
  7. Ulasan semua jabatan teknikal di bawah:
    • Pejabat Tanah Daerah – 3 keping laporan bergambar bagi tapak dan sekitar lokasi pembangunan berbentuk A4 dan 1 unit soft copy berbentuk disket atau cakera padat dalam bentuk Powerpoint
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
    • Jabatan Mineral Dan Geosains (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III)
    • Jabatan Alam Sekitar (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III dan industri)
    • Jabatan Pengairan Dan Saliran
    • Jabatan Tenaga Kerja (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Jabatan Pertanian (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Majlis Perancangan Fizikal Negara (luas 250 ekar dan ke atas)
  8. Salinan Sijil Carian Rasmi yang terkini iaitu yang sah laku dalam tempoh 6 bulan
  9. Salinan resit cukai tanah tahun semasa
  10. Salinan hakmilik tanah
  11. Surat persetujuan bertulis daripada pihak berkepentingan berdaftar seperti Pemegang Gadaian, Kaveat atau tuntutan undang-undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran
  12. Senarai anggaran harga rumah kediaman / perniagaan / industri
  13. 1 pelan tatatur dan pelan pra-hitungan berbentuk digital soft copy berbentuk disket @ cakera padat dalam format Power Point

Fi permohonan

– Fi permohonan

Kenalah bayar untuk proses kan…ini caj yang dikenakan.

Fi PermohonanTidak lebih 1 hektar – RM70.00Melebihi 1 hektar hingga 10 hektar – RM140.00Tambahan setiap hektar atau sebahagiannya– RM15.00
Kadar Premium Yang DikenakanMengikut kadar yang ditetapkan di dalam Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2003
Belajar Sesuatu? Kongsi Artikel Ini
Akademi Kontraktor Bina Rumah
Akademi Kontraktor Bina Rumah