Sifu Hartanah & Pemaju Lot Banglo
Tuan Mohd Aman Shah Alias sangat berpengaruh di social media terutama Facebook kerana beliau adalah seorang penggiat, pemaju dan seorang SIFU dalam industri hartanah untuk kategori memajukan Lot Banglo Kediaman. Beliau mempunyai pengalaman membangunkan hartanah berstatus ‘ FREEHOLD’ di Selangor, membangunkan lot-lot banglo premium, membuat pakatan beli tanah dan pecah lot bersama rakan kongsi dan begitu aktif menjalankan projek pecah lot banglo di Terengganu serta Kelantan.
Kontraktor Reno & Bina Rumah Di Lembah Klang
Tuan Asrul Bin Ismail adalah seorang kontraktor reno dan bina rumah di Lembah Klang yang mempunyai impian sangat jauh dalam industri pemajuan hartanah. Beliau hanya bermula menjadi seorang kontraktor bina rumah sekitar tahun 2016, dan kini beliau adalah pemaju kepada lot banglo dan projek perumahan yang di bangunkan oleh syarikat beliau sendiri. Laluan bisnes yang di perolehi oleh beliau sehingga berjaya membangunkan Taman Impian Fara ( pembangunan bercampur semi-d dan teres) di Kok Lanas Kelantan adalah hasil daripada pendedahan sifu sifu hartanah perumahan yang di menjadi CIRCLE dalam network bisnes beliau. Selain projek perumahan, beliau juga membina rumah banglo berstatus premium untuk pelanggan pelanggan di Lembah Klang.
Pemaju Lot Banglo Di Pahang
Tuan Sakran Sapie / merupakan seorang PEMAJU LOT BANGLO di Pahang. Kisah beliau sungguh menginspirasikan dalam pemajuan hartanah kerana beliau sangat berpandangan jauh semasa bekerja dalam bidang Oil and Gas di Qatar lagi. Hasil lumayan gaji beliau di negara luar di gunakan untuk membeli tanah-tanah pertanian di sekitar Pekan, Pahang dan apabila beliau membuat keputusan menamatkan kerja, maka industri pemajuan hartanah ini lah yang di fokuskan. Sehingga 2020, beliau merupakan pemaju lot banglo kepada 50 unit lot banglo di sekitar UMP, Pahang dan juga kontraktor bina rumah kepada pelanggan lot banglo beliau.
Pemaju Hartanah Rumah Mampu Milik Kelantan
Nik Mohd Ali Yusof / Pok Nik Banglo Selising merupakan seorang PEMAJU HARTANAH RUMAH MAMPU MILIK di Kelantan. Beliau mempunyai pengalaman dalam merangka dan menyediakan unit-unit rumah mampu milik untuk di jual kepada pembeli. Bermula dengan tanah pusaka dan tanah yang di beli serta JV, beliau kini mempunyai stok jualan lebih kurang 200 unit untuk unit rumah bercampur ( Semi-D dan Banglo) yang mana sebahagiannya sedang di bangunkan dan bakal di bangunkan dalam tempoh masa 5-10 tahun. Pok Nik Banglo Selising merupakan bekas Pegawai Bank dan juga Bekas Pelajar Ph.D di INCEIF, Bank Negara Malaysia. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Pusat Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia
Peguam Hartanah, Civil, Syariah
Tuan Peguam Mohd Hadi Ar Rais merupakan peguam hartanah dan juga peguam civil serta Syariah. Kebanyakan pemaju lot banglo berurusan dengan beliau untuk membuat sebarang perjanjian usahasama, perjanjian jual beli mahupun perjanjian pembinaan bina rumah. Ilmu beliau mengenai bab perundangan hartanah tidak dapat di sangkalkan kerana beliau sering di jemput menjadi penceramah undang-undang dalam hal membangunkan tanah dan juga jual beli tanah. Pocket Rocket Development tidak ingin melepaskan peluang untuk menjemput beliau sebagai seorang tenaga pengajar sepanjang program pembelajaran online ini.
Pemaju Hartanah & Lot Banglo Di Perak
Tuan Haji Mohd Azrin merupakan seorang PEMAJU HARTANAH di Perak . Beliau memiliki syarikat BIN AZRIN Group yang mana sangat di kenali oleh masyarakat di Manjung, Perak kerana menawarkan Lot Banglo Mampu Milik serta membangunkan taman-taman perumahan seperti teres dan semi-d. Syarikat beliau pernah di nobatkan sebagai syarikat paling kreatif dalam melakukan pemasaran ( Anugerah di sampaikan oleh Menteri Besar Perak ) untuk jualan lot banglo dan hampir kesemua projek yang di lancarkan oleh beliau habis terjual kurang dari 3 bulan. Beliau adalah SIFU Pemaju Perumahan dalam memajukan tanah-tanah rizab melayu dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Teknologi Malaysia .
Real Estate Negotiator
Tuan Ahmad Suhaili Ahmed Sebri di kenali di social media dengan jolokan REN ( Real Estate Negotiator) yang memfokuskan jualan tanah premium. Beliau pernah berurusan dengan beberapa figura tersohor di Malaysia bagi urusan jual beli tanah dan di labelkan sebagai agen paling di percayai kerana ilmu beliau berkenaan tanah terbukti luas. Beliau akan menasihatkan pelanggan yang ingin membeli tanah dengan mengenalpasti tujuan pembelian. Jika ia bertujuan untuk di bangunkan, maka GDV dan GDC adalah maklumat yang akan di berikan. Beliau bersama-sama Tuan Mohd Aman bekerjasama membangunkan projek lot banglo premium di Selangor dan Terengganu.
Ex Assistant District Officer - Pejabat Tanah dan Daerah Raub Pahang
Tuan Healmi Zahari merupakan anak muda yang sangat terinspirasi dengan kejayaan ayah beliau menjadi pemaju lot banglo di Terengganu. Dengan menjadi salah seorang Pegawai PTD, beliau telah di tempatkan di Pejabat Tanah dan Daerah Raub sebagai Assistant District Officer ( A.D.O), Pahang selama 5 tahun. Pengalaman berurusan dengan pemaju pemaju perumahan di Raub menjadikan beliau sangat arif dalam bab teknikal membangunkan tanah, permohonan tanah dan ilmu tilik tanah sama ada ia sesuai di bangunkan atau tidak . Ayah beliau sehingga sekarang masih menjadi Pemaju lot banglo di Terengganu dan beliau mengganggap ayah beliau adalah Guru dan Sifu untuk ‘ilmu pecah lot’ tanah.
Pemaju Perumahan & Kontraktor Bina Rumah
Tuan Wan Azhan merupakan pemaju muda dan juga kontraktor bina rumah. Beliau sudah bekecimpung dalam industry perumahan ini sudah masuk tahun ke-lima dan mempunyai beberapa beberapa projek lot banglo dan perumahan sendiri. Antaranya projek Taman Rimbun Amaani ( 12 unit Semi-D dan 7 banglo di Kuala Nerus di Terengganu), Projek Banglo Rimbun Alesya ( 6 buah banglo di Behrang, Perak ), Projek Rimbun Naura ( 80 lot banglo kediaman) di Bukit Katil, Melaka. Selain menjalankan projek bina rumah atas tanah sendiri menggunakan IBS Panel, syarikat Tuan Wan Azhan juga menjalankan servis training, seminar dan pembelajaran online untuk kontraktor rumah dan pemaju rumah baru.
Pocket Rocket Development; Pilihan Yang Tepat Kepada Pemaju Muda
Kerjaya Menjadi Pemaju Rumah Kecilan
Industri Pemaju Hartanah dan Boutique Developer
Bagaimana Mengenal Pasti Tanah Untuk di Bangunkan atau Yang Boleh Di Bangunkan
Mengenalpasti Lokasi, Zoning dan Penggunaan I-Plan Malaysia
Mulakan dengan Tanah Sendiri
Pengiraan GDV ( Gross Development Value) dan ( Gross Development Cost) Sebelum menjalankan Projek Lot Banglo
Pre-Consult dengan Project Management Consultant dan PBT
Mazhab Pelaburan Hartanah : Beli tanah ekar dan Pecah Lot
Usahasama dengan Rakan Kongsi Untuk Buat Projek Lot Banglo
Plan Bisnes untuk Pemaju Hartanah Muda dalam Masa 10 Tahun
JV Agreement dengan Tuan Tanah dan Rakan Kongsi
Kos Perjanjian dan Item yang Perlu Di Sebut dalam Perjanjian
Mengambil P.A ( Power of Attorney ) untuk memajukan tanah
Permohonan Kebenaran Merancang (KM) / Development Order
Ubah Syarat dan Pecah Sempadan Tanah
Pengiraan Premium dan Kos Lain Yang Terlibat
Menjalankan Pemasaran Yang ‘CONFIRM’ close deal
Kaedah, Teknik dan Strategi Pemasaran tanah lot banglo
Pengalaman BIN AZRIN dalam Guerilla Marketing
Pengiraan Infra Untuk Tanah Lot Banglo
Formula Tambun Tanah dan Turap Jalan
Kos longkang dan lain-lain
Cashflow dan Kira-kira Keseluruhan Projek Lot Banglo
Jadi Pemaju Ekspress ( Boleh Start Terus Lepas Habis Kursus Pocket Rocket Development)
Penutup
Tuan-tuan dapat CARA dan IDEA yang betul untuk membangunkan TANAH PUSAKA tuan-tuan. Jadi, tidaklah terjadi kes PUSAKA seperti di KG BARU
Tuan-tuan dapat ILMU dan INFO yang betul tentang bagaimana untuk membahagikan tanah PUSAKA antara ADIK-BERADIK / SEDARA-MARA bagi tujuan mendapatkan GERAN INDIVIDU
Tuan-tuan dapat MERANCANG dan MEMBUAT KIRA-KIRA projek bangunkan tanah pertanian yang tuan-tuan ada.
Tuan Wan Azhan merupakan pemaju muda dan juga kontraktor bina rumah. Beliau sudah bekecimpung dalam industry perumahan ini sudah masuk tahun ke-lima dan mempunyai beberapa beberapa projek lot banglo dan perumahan sendiri.
Antaranya projek Taman Rimbun Amaani ( 12 unit Semi-D dan 7 banglo di Kuala Nerus di Terengganu), Projek Banglo Rimbun Alesya ( 6 buah banglo di Behrang, Perak ), Projek Rimbun Naura ( 80 lot banglo kediaman) di Bukit Katil, Melaka.
Selain menjalankan projek bina rumah atas tanah sendiri menggunakan IBS Panel, syarikat Tuan Wan Azhan juga menjalankan servis training, seminar dan pembelajaran online untuk kontraktor rumah dan pemaju rumah baru.
Posted by Akademi Kontraktor Bina Rumah dan Pemaju Kecilan- AKRA on Wednesday, 15 July 2020
Sistem ini bukan seperti sistem lain yang memerlukan anda untuk membayar setiap bulan. Bayaran hanya sekali sahaja untuk akses seumur hidup.
Kesemua video training ini dapat ditonton di laman akses membership di akra.my yang akan diberi kepada anda setelah anda buat bayaran. Anda boleh menontonnya pada bila-bila masa dan tontotnnya berulang kali menggunakan komputer, laptop dan juga mobile phone anda.
Tidak, atas sebab untuk melindungi kandungan video ini agar ia kekal terpelihara. Video training hanya dapat ditonton melalui website akra.my sahaja.
Boleh. Anda dibenarkan untuk berkongsi akses membership anda kepada staff untuk tonton video training dalam website.
Tiada tempoh masa. Anda boleh tonton video di mana-mana dan pada bila-bila masa yang anda suka.
Tiada tempoh masa. Anda boleh tonton video di mana-mana dan pada bila-bila masa yang anda suka.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada team kami