Apa Itu Defect Liability Period (DLP)?

defect liability

Defect Liability Period (DLP) ini adalah tempoh yang menjadi tanggungjawab pemaju untuk membaikpulih sebarang kerosakan hartanah iaitu bermula dari tarikh anda terima hak milik mutlak kekosongan serta kunci hartanah anda sehingga waktu-waktu tertentu.

Kebiasannya, DLP yang diberikan cuma 24 bulan. Sepanjang tempoh 2 tahun inilah anda wajib periksa defect pada mana-mana bahagian rumah terutamanya yang berkaitan dengan salur paip, elektrik dan struktur dinding.  

Tak semua defect anda boleh claim dari pihak pemaju. Jadi, lebih baik anda tanya dahulu pemaju rumah anda tentang jenis-jenis kerosakan yang boleh dituntut secara percuma.

Bahagian Rumah Yang Wajib Anda Periksa Defect & Kaedahnya

1) Bahagikan ruangan rumah mengikut kawasan

Pecahkan setiap ruangan rumah kepada beberapa bahagian terlebih dahulu sebelum memulakan periksa defect. Contohnya, bahagian dapur, bilik air, bilik tidur, ruang tamu dan laman.

Tak timbul kekeliruan sama ada paip dapur atau bilik air yang memerlukan pembaikan yang berlainan.

2) Periksa siling

Perhatikan siling rumah baru anda dengan teliti munkgin ada bahagian yang renggang, bocor ataupun warna tidak sekata.

3) Periksa lantai/Jubin

Macam mana cara nak tahu? Ambil batang pengetuk atau playar hidup dan ketuk setiap lantai tersebut.

Awas! Jika tersilap ketuk, lantai boleh retak atau pecah. Ketuk manja-manja sahaja, sekadar nak periksa bunyi rongga dan keretakan asal.

4) Periksa dinding

Periksa dengan teliti jika ada bahagian dinding yang retak, berlubang atau kesan air. Jangan lupa tandakan setiap kawasan defect tersebut dengan pita pelekat.

Jadi, pastikan dinding rumah baru anda semuanya lurus.

Belajar Sesuatu? Kongsi Artikel Ini
Akademi Kontraktor Bina Rumah
Akademi Kontraktor Bina Rumah