Tahukah anda Program Kompetensi TVET IBS X BIM adalah program tajaan sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan belia negara. AKRA dengan kerjasama USIM menawarkan program latihan kompetensi IBS X BIM sebagai usaha meningkatkan kemahiran dan kebolehan graduan. Antara kategori graduan yang layak menyertai program ini adalah;
- Graduan yang tidak mendapat perkerjaan akibat Covid-19.
- Graduan yang telah mendapat kelulusan ijazah dari senat (pelajar tahun akhir yang sedang menunggu konvo).
- Graduan yang tidak pernah menyertai mana-mana program KPT CAP.
- Graduan dari Kolej Komuniti, Politeknik dan IPTA sahaja.
Adakah anda tergolong dalam kategori diatas? Jika ya, jom mendaftar dengan kami sekarang! Masih ragu-ragu nak join atau tidak? Ini 5 sebab mengapa anda tidak perlu berfikir panjang lagi:
- Program ditanggung sepenuhnya oleh KPT. Ya betul, anda tidak perlu mengeluarkan 1 sen sekalipun kerana segalanya dari makan minum, tempat tinggal dan bahan kursus dibiaya oleh KPT. (P/S kos per head mencecah hampir RM4K)
- Anda akan diberikan sijil-sijil yang ‘laku’ dalam pasaran kerja. Antaranya Sijil Pengurusan IBS yang dikeluarkan oleh CIDB
- Program merangkumi modul teori dan amali. Bukan senang nak dapat kursus yang beri anda peluang hands-on bina rumah menggunakan panel IBS!
- Meningkatkan kebolehpasaran graduan. Program upskilling ini pastinya membuatkan resume anda lebih outstanding dari yang lain.
- Tempoh program yang singkat (10 hari sahaja) namun padat dengan pengisian yang bermanfaat.
Tempat sangat-sangat terhad. Maklumat program seperti berikut:
Nama Program: KURSUS KOMPETENSI TVET PEMBINAAN (KONTRAKTOR IBS X BIM)
Tarikh: 7-13 Mei 2023
Tempat: MIZAN PARK, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Yuran: DITAJA SEPENUHNYA
Penyedia Latihan: RIMBUN PRIMA GLOBAL SDN BHD (RPG EDUCATION AND TRAINING CENTER)

Jadi apa tunggu lagi, daftarlah sekarang sementara tempat masih ada.
Link Pendaftaran: https://forms.gle/Hfdh8ni7jYMdHvVr7