AKRA

Belajar ilmu asas hartanah atas talian anjuran AKRA

By: AKRA MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Akademi Kontraktor Bina Rumah dan Pemaju Kecilan (AKRA) melancarkan Kempen Pocket Rocket Construction dalam memberi ilmu asas pengurusan pembinaan rumah dan hartanah perumaha secara dalam talian.

Kempen anjuran anak syarikat Kumpulan Rimbun Prima Global (RPG) Malaysia itu bertujuan membuka peluang kepada semua golongan masyarakat   mempelajari ilmu pengurusan pembinaan dan hartanah sama ada mahu melibatkan diri dalam perniagaan bina rumah  atau orang ramai yang mahu membina dan membeli kediaman.

Pengarah Urusan RPG, Azuhan Fauzi berkata, selama ini isu dan pengetahuan hartanah perumahan ianya dikuasai  oleh kumpulan professional atau mereka yang menjadi pemaju besar sahaja.

“Kedua-dua belah pihak sepatutnya faham mengenai pengurusan bina rumah kerana isu pembeli rumah teraniaya dan menanggung kerugian yang besar bukan masalah baharu di negara ini.

“Apatah lagi apabila kontraktor utama melantik sub kontraktor di kalangan warga asing yang tidak bertauliah atau memiliki lesen perniagaan yang tidak sah.

“Inilah masanya merebut peluang yang ada untuk mengurangkan keterlibatan warga asing dalam dunia pembinaan rumah kerana kelas asas diadakan secara talian dan diselia oleh kumpulan yang berpengalaman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azuhan menambah, dengan modul dan bimbingan yang disediakan kepada peserta  ia dapat mengelakkan tuan rumah  menyerahkan semua urusan kepada pihak pemaju atau kontraktor sepenuhnya  tanpa mengetahui proses sebenar yang berlaku sepanjang pembinaan rumah mereka.

“Selepas mereka mendaftar sebagai peserta  bermakna mereka sudah berada dalam komuniti yang akan membantu sama lain.

ADVERTISEMENT

“Jika timbul soalan teknikal  atau menghadapi masalah, ia akan dijawab oleh  konsultan yang dilantik di dalam kumpulan Facebook AKRA,” ujarnya.

RPG juga katanya, turut  mengalu-alukan penyertaan  golongan kontraktor yang masih belum menguasai bidang pengurusan pembinaan dan hartanah, pemasaran dan dokumentasi .

“Kumpulan tersebut juga sepatutnya menguasai ilmu pengurusan kerana ada di kalangan mereka  tidak mengendahkan liabiti yang ditanggung di dalam surat perjanjian selepas di tandatangani bersama pelanggan akibatnya mereka berhadapan risiko disaman,” katanya.

Tambah Azuhan dengan bayaran sebanyak RM350 semasa mendaftar, pihaknya telah menyediakan 11 modul berkaitan pengurusan pembinaan dan hartanah.

Selepas itu, peserta akan dibawa masuk ke dalam satu kumpulan di laman sosial Facebook untuk merungkai  apa sahaja isu hartanah berkaitan. – MalaysiaGazette

Facebook
Twitter
LinkedIn