Soalan ni soalan femes kalau tuan rumah yang suka membandingkan harga antara kontraktor dengan kontraktor yang lain. Tambah lagi, soalan ni kadang-kadang sangat subjektif jika tuan rumah suka membuat andaian pukul rata apabila kontraktor tersebut beri sebut harga kiraan kaki persegi tanpa mengemukakan spesifikasi binaan. Salahkah bertanya harga kiraan kaki persegi kepada setiap kontraktor untuk tujuan perbandingan harga? Jawapannya, salah kerana ada beberapa sebab berikut.
1. Tanya harga kaki persegi tapi spesifikasi rumah tak tanya
Ramai yang tanya harga binaan sekaki persegi dengan kontraktor tanpa memberikan details projek / binaan yang ingin mereka bangunkan. Rata-rata tuan rumah yang tiada ilmu asas kiraan barangan dan upah pekerja, mereka mudah menyimpulkan kadar harga kontraktor dengan pelbagai andaian. Contohnya, kontraktor A kata 120 / kaki persegi, dan kontraktor B kata 90/ kaki persegi. Bila pembinaan bermula dengan kontraktor B, rupanya banyak bahagian pembinaan tidak di sertakan sekali dengan kadar harga yang di beri.
2. Banding Harga Kontraktor dengan Tukang Rumah
Ramai yang bandingkan harga kontraktor dengan harga tukang rumah. Saya maksudkan tukang rumah di sini termasuklah warga asing yang menggelarkan diri mereka tukang serta berebut-rebut untuk dapatkan projek. Tidak di nafikan, ada juga segelintir tuan rumah boleh dapat harga murah jika berurusan dengan tukang rumah, tapi bagaimana jika ada isu di pertengahan jalan ? Bagaimana perjanjian antara mereka dan tukang rumah? Badan apa/ agensi kerajaan mana yang boleh di adukan jika projek terbengkalai?
Sememangnya tuan rumah tahu risiko ini, tapi mereka rasa tidak senang jika beri kerja kepada kontraktor dan akhirnya sub kepada warga asing juga. Walhal kontraktor ni serba serbi cukup dari segi lesen pembinaan, syarikat , perjanjian pembinaan, spesifikasi dan sebagainya malah potensi untuk kena saman dan report oleh tuan rumah cukup besar.
Tapi malangnya, banyak tuan rumah suka guna khidmat warga asing walaupun di akhir atau pertengahan pembinaan mereka akan merayu rayu untuk tambah bajet dengan tuan rumah dengan pelbagai alasan. Kira di kira balik, harga tukang rumah lebih mahal daripada harga kontraktor. Kalau kontraktor minta tambah harga, jauh langit bumi mereka nak pertimbangkan.
3. Asalkan tuan rumah beli barang, upah pekerja sekaki persegi RM 60 pun tak apa
Ini juga kekeliruan yang selalu terjadi pada tuan rumah. Mereka naif dan tahu nak jimat saja. Asal je dengar upah sekaki persegi lebih murah dari harga kontraktor terus rasa mereka bijak dan tergolong dalam org yang belanja berhemah. Sedangkan mereka terang terangan tengah di sembelih oleh team sub upah tersebut. RM 50/ upah tukang sekaki persegi memang nampak jauh lebih murah dari harga RM 150/ sekaki dari kontraktor ( siap serah kunci). Masalahnya tuan rumah pandai ke bajet beli barang ?
Boleh estimate ke pecahan sub upah untuk kerja-kerja lain seperti pemasangan ceiling, pendawaian eletrik, kerja-kerja paip dan banyak lagi kos-kos yang tersembunyi. Atau dengar je Rm 50 sekaki persegi terus tak tanya dah apa skop kerja yang di buat secara details se detailnya. Perjanjian pun tak da sebab tukang rumah warga asing jarang yang boleh membaca. Kadang-kadang kesian sebab ramai yang jadi mangsa oleh geng warga asing yang amik upah kerja dari tuan rumah.
Jadi, berapa harga paling ideal jika kita nak tahu harga sekaki persegi binaan rumah tahun 2022.
- Pertama, tanya diri sendiri dulu. Kita dah detailkan ke belum skop kerja dan spesifikasi rumah yang kita nak bina. Atap nak guna brand apa, toilet nak pakai jenis apa, tingkap nak yang macamana. Tanya diri sendiri dulu dan senaraikan.
- Dah ada plan rumah yang solid ke? Ke ada 3d dan floor plan je? Tak cukup ya tuan-tuan. Pengiraan harga kontraktor memerlukan details plan pembinaan yang lengkap supaya adil bagi kedua-dua pihak.
- Untuk rumah yang nak di bina menggunakan loan / atau rumah yang mempunyai pelan kelulusan dari majlis akan memberi satu bonus kepada tuan rumah. Pihak kontraktor boleh rujuk pelan tersebut untuk proses sebutharga yang details dan spesifikasi seperti yang di nyatakan. Tiada agak-agak dan tiada bajet2 yang tak masuk akal.
- Bila dah ready kesemua di atas, baru lah boleh bertanya kepada kontraktor atau so call tukang rumah untuk pembinaan harga sekaki persegi. Dah tanya, tengok details sebut harga yang di beri, adakah di sebut secara terperinci semua perkara yang tertera dalam pelan ? atau main kira lump sump sahaja? Kontraktor yang bagus akan detailskan sedalam yang boleh spesifikasi mereka kepada tuan rumah. Malah ada yang lebih bagus, akan menasihati tuan rumah melantik juru ukur bahan bagi mendapatkan harga semasa dan menjadi orang berkecuali semasa proses runding harga.
Tapi, kadang orang kita nak buat rumah 1500 sqft je takkan beria sangat nak pakai QS kan? Haa..ada betolnya. Oleh yang demikian, tuan tuan boleh juga rujuk persatuan kontraktor perumahan untuk mendapatkan anggaran harga terbaik sebagai tanda aras harga binaan sekaki persegi.
Kesimpulannya, setelah berdepan dengan pandemic dan kenaikan harga barang bertalu-talu sehingga sekarang. Kami boleh simpulkan untuk dapatkan harga bina rumah sekaki persegi mengikut amatan kebanyakan kontraktor bina rumah sekarang adalah bermula daripada RM 145/sekaki persegi siap terima kunci. Mungkin ada yang caj RM 150/ sekaki persegi atau atas lagi pada harga tersebut mengikut spesifikasi masing-masing . Yang penting tiada lagi bawah RM 140 sekaki persegi seperti 2 tahun kebelakangan ini. Bagaimana gambar projek rumah yang kami maksudkan dengan binaan bermula RM 145 sekaki persegi ? Rujuk gambar di bawah. ( SEKADAR RUJUKAN )
Anda rasa post ini bermanfaat ? Jom share ke platform yang lain.