Mitos Pelaburan Hartanah yang anda perlu tahu!

Untitled (1080 × 1080 px) (6)

Diantara salah satu pelaburan yang kian berkembang pada hari ini adalah Pelaburan Hartanah, yang boleh menjadi kaedah menguntungkan untuk membina pendapatan dihari tua. Namun, ia bukan semudah yang disangka jika anda berhasrat untuk memasuki bidang pelaburan hartanah ini. Pelaburan hartanah sangat memerlukan dedikasi, penyelidikan dan perancangan yang teliti.

Sekiranya anda berminat untuk melabur dalam harta tanah, berikut adalah 3 mitos yang perlu anda tahu mengenai bidang hartanah di Malaysia!

1. Perlukan Modal yang Besar sebagai Permulaan

Ramai masyarakat kita beranggapan pelaburan hartanah ini bermaksud perlu beli unit menggunakan duit sendiri dahulu. Hakikatnya, terdapat pelbagai cara untuk anda dapatkan hartanah dibawah nama anda sendiri tanpa mengeluarkan wang.

2. Skor kredit perlu sempurna

Walaupun betul sejarah skor kredit yang lemah akan menjejaskan peluang anda memiliki rumah. Namun ia tidak bermaksud anda tidak boleh untung dengan cara lain pelaburan hartanah.

3. Pelaburan hartanah mudah dan akan dapat pendapatan pasif

Orang selalu kata pelaburan hartanah ini adalah satu cara mudah untuk dapatkan pasif income. Tetapi sebenarnya tanggapan ini salah. Anda selaku tuan rumah perlulah selalu pantau dan menjaga hartanah dengan cara membuat penyelenggaraan, pemasaran dan jaga penyewa.

Anda dah tahu 3 mitos dalam Pelaburan Hartanah? Ingi memulakan pelaburan hartanah anda?

Kami di AkraPlus+ sedia untuk bantu anda mempelajari asas dalam selok-belok dunia Pelaburan Hartanah dari Sifu Hartanah yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang Hartanah.

Belajar Sesuatu? Kongsi Artikel Ini
Akademi Kontraktor Bina Rumah
Akademi Kontraktor Bina Rumah