SOFTWARE REVIT VS AUTOCAD MANA LAGI BAGUS?

AUTOCAD

Mesti tuan puan yang masih baru hendak mencuba atau pertama kali dengar tentang software ini keliru sebenarnya yang mana patut tuan puan guna. Adakah tuan puan perlukan kedua-dua AutoCAD dan REVIT ini untuk merancang pelan? Ok jangan pening dulu. Ikuti penerangan yang saya sediakan di sini.

Tuan puan boleh melihat grafik di atas dengan jelas? Dah boleh faham? Kalau belum tidak mengapa. Saya huraikan sedikit persamaan dan perbezaan software ini kepada beberapa ciri.

1. Software

Kalau tuan puan nak tahu kedua-dua software ini dibekalkan oleh syarikat yang sama iaitu Autodesk! Ini bermakna Revit dan AutoCAD dicipta untuk melengkapi fungsi masing-masing. Revit merupakan sebahagian daripada BIM manakala AutoCAD adalah sebahagian daripada CAD.

2. Fungsi dan Kegunaan

AutoCAD dan REVIT mempunyai fungsi yang berbeza. Haa apa yang beza tu? AutoCAD sesuai digunakan sebagai drawing tool 2D dan 3D yang menunjukkan bentuk/elemen sebenar dalam pelan. REVIT pula sesuai digunakan untuk mereka model 3D sesebuah pelan yang menunjukkan detail setiap komponen. Ini kerana REVIT adalah aplikasi kompleks yang mereka model berdasarkan kesemua maklumat diterima dari perlbagai pihak pada satu-satu masa. Nak lagi faham cuba bayangkan AutoCAD sebagai lukisan rangka bangunaan manakal REVIT memaparkan segala sistem wiring, plumbing dan sebagainya.

3. Platform Penggunaan AutoCAD dan REVIT

Tahukah anda bahawa AutoCAD boleh digunakan di kedua-dua platform komputer utama iaitu Windows dan Mac melalui laman web dan mobile app. Tetapi REVIT hanya boleh digunakan melalui Windows Operating System. Oleh itu, tuan puan boleh memilih software berdasarkan keperluan projek, hardware dan reka bentuk projek tuan puan.

4. Edit Maklumat Pelan

Saya faham manusia memang tak kan lari dari membuat kesilapan. Terutama ketika menyiapkan kerja-kerja yang kompleks seperti mereka pelan. Tapi saya nk tuan puan tahu kerja modifikasi atau mengubah maklumat dalam AutoCAD sangat memakan masa! Kenapa? Kerana AutoCAD adalah hasil input dari pelbagai pihak yang dibuat satu persatu maka kalau ada kesalahan perlu dibetulkan satu persatu. Bagi REVIT pula ia merupakan teknologi pintar yang menggabungkan kesemua input menjadi satu model 3D. Jika perlu lakukan perubahan, ia boleh siap dalam sekelip mata!

5. Bila perlu pakai AutoCAD dan REVIT ni?

Tuan puan pasti dah boleh teka jwapan soalan ini kan. Mari saya kongsi bagi yang belum pasti. AutoCAD memang sangat bagus bagi projek yang melibatkan pengubahsuaian dan naik taraf di bangunan sedia ada manakala REVIT biasanya digunakan untuk projek yang melibatkan aspek merancang, mereka bentuk, membina & mengendalikan bangunan baharu.

Haa jelas atau tidak penerangan kali ini? Skill penggunaan software ini sangat hangat dipasaran pekerjaan bidang pembinaan dan hartanah! Jika tuan puan berminat untuk belajar menggunakan software REVIT, boleh klik link ini http://akra.haziqasyraf.com/revit/

Tuan puan suka konten kita hari ini? Share di platform pilihan anda sekarang!

Belajar Sesuatu? Kongsi Artikel Ini
Akademi Kontraktor Bina Rumah
Akademi Kontraktor Bina Rumah